Pengikut

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah

Mengenai Saya

Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sentiasa Berjuang ke jalan Allah dengan penuh semangat juang yang tinggi

kereta sewa pandu

Ahad, 28 Februari 2010

tahniah...bertambah lagi rakyat 1mesia...

بسم الله الرحمن الرحيم


 Salam sejahtera, ada satu soalan tentang tahnik...
di bawah ni....


assalamua'laikum, apakah hikmah bertahnik bg bayi yg baru lahir oleh org2 yg soleh,adakah selepas lahir ibubapa perlu belah mulut dahulu ke @ blh bawa bayi itu kerumah org soleh utk btahnik @ mcm mana? terima kasih.
---------------------------
w.salam
Hukum mentahnik atau belah mulut ini adalah sunnah Nabi saw yg sunat dikerjakan ketika anak itu lahir. ia boleh dilakukan oleh bapa kanak2 itu atau dibawa kerumah orang2 soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak2 yang lahir dizaman Nabi saw membawa anak2 mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw.
Diantara hikmahnya ialah menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu.
Dan dapat mengambil berkat dari orang2 yang soleh mudah2an kanak2 itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa.
Ia sunat dilakukan dengan buah kurma kerana mengikut amalan Nabi saw dan  jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan2 lembut yang manis.
Rujukan Kitab tarbiyatul Awlaad juzuk 1 m.s. 59-61
wallahua'lam .


Pada 2 malam lepas, ana dan kawan di jemput oleh abg. adam pi ke umah dia di taman sepanggar, kerana beliau membuat satu majlis tahnik anaknya yang baru lahir seminggu yg lalu. Acara bertahnik di sempurnakan   oleh ustaz Nahar bekas imam masjid Negeri Sabah. (bakal calon PAS sepanggar). Sebelum  acara tahnik dimulakan, sedikit tazkirah ringkas disampaikan oleh saudara Cikgu Anuar mengenai bertahnik, dan di sambung oleh Ustaz Nahar. mereka menceritakan serba ringkas tentang kisah Lukman Al Hakim yg terdapat di dalam Al-Quran.


ustaz Nahar membaca sesuatu sebelum mentahnik



ustaz nahar sedang menyuap kurma ke dalam mulut baby.sambil di perhatikan oleh ayahnya (abg. adam )



Ustaz Nahar sedang memotong rambut baby sambil di perhatikan oleh ayahnya (abg.adam) dan Cikgu Anuar (DPPM)


 
giliran Cikgu Anuar memotong rambaut baby sambil abg. kamal (taukeh restoran ziemal) memegang talam.


 
antara kawan2 yg mengambil bahagian (tumpang sekaki) berbaju T abg. Lan.senyum sokmo.
 (aku pun potong jugak, cuma sedih sikit x dak sapa nak ambek gambaq aku..hu hu hu hu..)

Tahniah Abg. Adam kerana menambahkan lagi rakyat di bawah naungan mu. Semoga anak ini menjadi insan yang bergukan dunia dan Akhirat.
Amin.






Isnin, 22 Februari 2010

internet terlembab malam nie...hampeh...



pa jadi aku tak tau la malam nie, lembab sungguh internet, nak potong pun sbelum nie laju gak, lagi pun cntrack setahun, hu hu hu hu...boriiiiiiiiiiiiiiiiliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiig... aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahgrrrrrr... close pc, kita kluaq minum dulu....

mesin basuh 2nd untuk di jual....

salam semua, 
ana ada sebuah mesin basuh untuk dijual...mesin 2nd... dah digunapakai 5 tahun dah...cuma mesin nie nak di jual dan duit hasil jualan itu akan di infaq kan kepada sebuah PASTI di K.kinabalu sabah. untuk keterangan lanjut boleh lah hubungi ana di talian....

0128061337....boleh rujuk di dalam gambar di atas selok belok mesin basuh ini... dan jika berminat boleh datang tengok sendiri...

mesin ini sebenarnya telah di dermakan oleh seorang hamba Allah....ana dah tanya dia tentang jualan tu,,, dia setuju jika itu adalah jalan terbaik...
Wallahu a'lam...


Ahad, 21 Februari 2010

----> tajuk 1: Benarkah facebook menguntungkan yahudi?



Salam,
 ana bukan lah orang yang tidak pernah buat dosa, namun .... anda baca lah artikel di bawah ini seterusnya dan anda fahami nya.... mungkin ada malah banyak di kalangan kita yang tidak setuju dgn artikel ini, bahkan ada dikalangan pimpinan kita yang lebih A'lim juga mempunyai facebook ini. Ramai kenalan ana bila ana katakan hal ini meraka ada hujjah mereka sendiri, ada yg berdindingkan para ustaz dan Alim ulama tentang hal ini....kata mereka... hanya untuk mencari kenalan dan ada juga untuk berda'wah.... tapi entah lah.... ana sendiri sebelum membaca artikel ini pun ada facebook, lepas baca ana terus delete semua...(beberapa bulan yg lalu) namun hari nie, ana cuba buka facebook dan cuba login, rupa2nya mereka mengalu2kan dan nantikan kembali ana aktif dlm facebook ini...(mcm hebat sgt) tp itulah hakikatnya...
baca lah.....
**(boleh klik pada 2 tajuk di atas link yg ana dapat.. )

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?








Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?



Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah..

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.
__________________
Tetapkan Matlamat dan Impian Anda, Biar Rakan Lain Baca Dan Doakan.

Jangan robohkan Doktrin Wala' Taat dan Thiqah dalam PAS

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
WEDNESDAY, 17 FEBRUARY 2010 04:38


Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyeleweng dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,


“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.


Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.


Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).


Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.


Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.


Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.


Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;


“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”



Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;


“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”


Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,


“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.



Rasulullah saw meneruskan,


“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”


Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.


Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.


Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.


Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:


“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)


“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)



Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’, thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.


Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.


Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.


Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah - Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.


Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.


Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

Sabtu, 20 Februari 2010

detik 12 rabiu'lawwal...

Ajaran Nabi DiMartabat Negara Selamat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.
Setiap kali kedatangan bulan Rabiul Awwal maka umat Islam seluruh dunia tanpa mengira muda atau tua, bangsa dan bahasa, budaya dan warna kulit, tempat dan pangkat sama mengingati kelahiran manusia agung yang membawa rahmat kepada sekalian alam yang diberi nama nabi Muhammad s.a.w. Bangsa baginda adalah arab tetapi Islam yang dibawa dianuti oleh semua bangsa bukannya terbatas kepada bangsa arab sahaja. Tempat kelahiran baginda pula di Mekah namun dakwah Islam dirasai oleh umat seluruh pelusuk dunia tanpa terhad di sekitar bumi arab sahaja. Pada diri nabi Muhammad s.a.w adalah contoh yang terbaik dari segenap segi di mana baginda adalah bapa mithali, pendakwah contoh, anggota masyarakat yang amanah dan juga pemimpin yang terbaik. Sebagai umat yang mencintai nabi Muhammad s.a.w maka tiada manusia lain yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan kita melainkan nabi yang tercinta. Tiada cara berkeluarga yang lebih bahagia melainkan apa yang diajar oleh nabi. Tiada cara berdakwah yang lebih berkesan melainkan apa yang ditonjol oleh nabi. Tiada cara bersosial yang lebih baik melainkan apa yang dilakukan oleh nabi. Tiada cara berpolitik, berekonomi dan memimpin negara yang lebih hebat melainkan apa yang ditunjukkan oleh nabi.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
قال الرسول  : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه
Maksudnya: Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
Antara adab yang perlu dilakukan oleh kita sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada nabi ialah : [1] mentaati nabi dengan mengikut segala jejak langkah perjalanan hidupnya dalam urusan agama dan dunia [2] Cinta kepada nabi dan menghormatinya lebih daripada segala yang lain [3] Cinta kepada orang yang dicintai oleh nabi dan benci kepada orang yang dibenci oleh nabi, redha dengan apa yang diredhai oleh nabi dan marah kepada apa yang dimarahi oleh nabi [4] Menjunjung tinggi nabi dengan berselawat kepadanya apabila disebut namanya serta mengagungkan segala sifat dan akhlak nabi [5] Membenarkan segala apa yang diberitakan oleh nabi samada daripada urusan agama atau dunia [6] Menghidupkan sunnah nabi, menzahirkan syariatnya serta menyampaikan dakwah Islam dan melaksanakan segala pesanan nabi [7] Merendahkan suara ketika berada di sisi maqam nabi dan dalam masjid nabawi bagi yang berkesempatan ke sana [8] Cinta kepada ulama’ dan orang soleh serta setia kepada mereka semata-mata kerana nabi cinta kepada golongan tersebut. Kita juga mesti benci kepada orang fasik serta memusuhi mereka dengan sebab nabi benci dan memusuhi golongan ini
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Tanda kasih dan sayang kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w tidak cukup sekadar memuji sifat dan perjalanan hidupnya sahaja tetapi kita mesti melaksanakan segala ajarannya yang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kegagalan dalam menghayati cara hidup yang pernah ditunjukkan oleh nabi berasaskan al-Quran menyaksikan pelbagai kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di sekeliling kita. Jika pada masa kelahiran nabi Muhammad s.a.w, manusia berada dalam jahiliah akibat jauh daripada petunjuk wahyu Allah sehingga terkenal dengan amalan yang jahat seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup atas alasan membawa sial maka pada hari ini akibat meninggalkan sistem al-Quran maka manusia tanpa perikemanusiaan sanggup membuang dan membunuh anak kecil yang tidak berdosa tanpa mengira jantina yang kebanyakannya lahir daripada hasil zina kesan daripada kejahilan, cara hidup bebas daripada agama. Kecurian, samun, ragut, pecah rumah semakin meningkat dan membimbangkan tanpa mengira tempat dan masa bagaikan tidak gerun terhadap hukuman yang kebanyakannya jauh daripada sistem perundangan Islam ditambah lagi dengan sikap umat Islam sendiri yang lebih yakin kepada undang-undang ciptaan manusia daripada undang-undang Allah. Adakah manusia takabbur ini yakin bahawa dia lebih hebat daripada Allah dan dia mampu melawan kuasa Allah. Tidak cukup sekadar berarak membawa sepanduk sebagai tanda cinta kepada nabi sedangkan sifat amanah yang ditunjukkan oleh baginda tidak mahu diikut yang menyebabkan masalah rasuah dan pecah amanah terus membarah sehingga menggugat keselamatan negara seperti yang terbaru laporan bahawa adanya penjualan rahsia keselamatan negara kepada negara lain selepas isu penjualan enjin jet dan kapal selam yang baru tidak mampu menyelam dan sebagainya.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Kita sentiasa diperingatkan tentang peristiwa besar terhadap diri nabi Muhammad s.a.w ketika berada dalam asuhan Halimah di mana dada Rasulullah s.a.w telah dibelah oleh dua malaikat bagi membersihkan hatinya daripada penyakit dunia dan syaitan bagi persediaan awal kepada kenabian. Hati merupakan raja segala anggota di mana jika hati baik maka manusia akan baik tetapi jika hati jahat maka manusia turut bersikap jahat. Dalam menjaga hati maka umat Islam mestilah sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. Umat Islam yang mempunyai hati yang sentiasa ingat dan dekat kepada Allah sahaja lah yang akan diberikan pertolongan dan kemenangan oleh Allah di dunia dan akhirat manakala umat Islam yang hatinya sentiasa lalai daripada mengingati Allah maka ia mudah dikalahkan oleh musuh terutama syaitan.
عن ابن عباس رضى الله عنهما قال : قال الرسول  : الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا )
Maksudnya : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.
Imam al-Ghazali menukilkan bagaimana berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh empat faktor iaitu: [1]Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan) iaitu apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan. Pada hal sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah SWT. [2] Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan)Apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan seumpamanya. [3]Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan) Seperti tamak haloba, memperturutkan hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata dan sebagainya. [4] Sifat-sifat Subu’iyyah (sifat kebuasan) Seperti marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya. Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera.
Firman Allah dalam ayat 92 surah an-Nahlu :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

PRESIDEN PAS SANGGUP TERJUN LAUT?


Salam, 
Nak terkejut tu dak la, tapi rasa kagum dan penuh keinsafan bila mana seorang pemimpin sebuah parti islam yang terbesar di mesia nie sanggup terjun ke laut untuk selamatkan seorang mangsa yang lemas. Inilah contoh yang ramai manusia yg digelar pemimpin tidk sanggup melakukannya kecuali Beliau....contoh yg perlu di ikuti oleh semua pemimpin2 Jemaah Islam terutama kepada  Pemimpin2 !mesia tu,,, hu hu hu hu,,, agak2 la...Pemimpin2 1mesia tu sanggupdak nak terjun cam tu? tobat lahom, keh keh keh...
baca la artikel di bawah tu...dan klik di tajuk atas tu...aku ambek kat sana la....



PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.
Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.
Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.
Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.
"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.
Salah sebuah foto berkenaan menunjukkan Hadi, berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.
Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.
Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.
Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.
"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.
"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.
"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia. Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya.

Ahad, 7 Februari 2010

ish ish ish...


dah pukui 3 pagi dah ka la nie.....ish ish ish.....x sedaq langsung.....berblog punya pasai....waaaaaaaaaaaaaaaa......aku nak tido...selamat malam ....Assalamua'laikum...

macam2 hal la dalam dunia nie...

بسم الله الرحمن الرحيم
salam, kpd bro bujang senang, ayat bismillah diatas tu ana copy dari blog bro...mohon izin ye...maaf banyak2...klu x diizinkan jga....tlg kasi tau la no...
(ceh dah copy baru minta ijin)
entry kali nie aku nak cite sikit masa aku menjengok ke blog sedara "ADA BERANI KE"... aku terbaca satu posting dia pasai dialog Rasulullah dgn iblis....sampai ja soalan yg keenam(6) aku baca, aku beqenti sat,,, aku ulang2 baca(dok gelak jgak ) dlm hati dan di luaq hati...nak tau pasai pa? baca la di bawah tu:
soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari.Di situ lah hamba mengecilkan diri,bersarang,bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"
 ha ha ha ha ha....dan nak tau pasai pa aku gelak sgt/? jeng jeng jeng ......tequih aku teringat ada soqang hamba Allah yg aku  x knai la.... masa dia mandi di sebuah tempat peranginan di sebuah negeri...kebetulan aku pun berada  dekat dgn dia..aku ter ter ter nampak la di bawah ketiak dia tu....hutan belantara yg amat tebal....mcm hutan simpan arizona....punya la tebai....aku nampak sb masa dia nak mandi tu, dia x pakai baju dan dia angkat tangan dia ke ataih sb sejuk la kot...mna aku tau...sb aku tak tanya...keh keh keh...
 Bukan nak hina dia, cuma ya lah,,,,buat pengajaran kat aku la...jgn dok biaq jd iblis suka...Nau'zubillahi minzaalik...minta di jauh kan dari gangguan iblis dan syaitan laknatullah....
(x tau la yg kat bwh dia tu.....haqap2 dak lagu tu la kot no...?
 Kadang2 kita lupa hal2 yg mcm tu, maklum lah, kita nie insan yg serba kelemahan...kekurangan...

"A'uzubillahiminasysyaitonirrojiiim..."

Wallahu a'lam...

salam punya hal daaaaa....


Assalamua'alaikum, 

di ringkas kan cerita lah no, 2,3 haqi lepaih masa dok minum kopi dgn kawan2 di sebuah restoran 786 kuah tarok ataih,, he he he paham2 la no... ana disarankan oleh soqang sahabat selalu2 la dengaq radio IKIM... sb katanya.... ada soqang penceramah bebas yg top la nie katanya dok bagi kuliah awai2 pagi... sb ana dok ceqita kat depa ana dok dgnaq satu cannel tu dj dia dok bt coling hangit kat oqang awam... canel panaih la...he he he..jd kebetolan esoknya tu haqi jumaat... otw ke tmpat qeja...ana pun on la radio buqok dlm qeta ana... ana mula2 on bunyi hangit, ana tukaq la ke cannel IKIM dah teqingat sahabat habaq semalam... lepaih on ja ... keluaq di coqong spika tu "salam jumaat"... ana pun heqan jugak...mcm penah dengan salam yg seumpama nie yg dengaq katanya haram di sebut mcm tu.... klu x silap ana " salam 1 malaysia " kot... betoi ka haram? jd ana pikiaq punya pikiaq , x sama ka "salam jumaat" dgn "salam 1 mesia" tu? ana pun sms lah kt sahabat tu,,,tanya pasai nie la, dia balaih balik, " salam jumaat tu dah lama dah di sebut2 dlm Radio IKIM tu. tp ana x jawab la balik sms tu...ntah tiba2 mlm nie teringat plak....so, ana x nak tanya sahabat ana tu la,,, cuma ana bawak masuk ke blog nie...untuk di bincangkan kemusykilan ana nie, maklum la,,, cetek ilmu agama nie terutama bab hukum hakam nie...
Jd, kepada pengunjung2 blog ana nie... terutama yang ilmuan islam nya tu lbih dari ana, silakan la bagi pandangan, hujah, nas, dan sebagainya tentang hal ini...betoi ka "salam 1 mesia" tu haram? dan kat canel IKIM tu "salam jumaat" x sama ka dgn "salam 1 mesia"??????????...x kira sapa2 la...boleh kita bincang sama2..jgn malu2, segan2 no... klu segan balik bagan, hahahahaha...
takbir....Allahuakbar.

"hamba Allah yang lemah"